December 22, 2011

b.i.r.t.h.d.a.y

Happy Birthday...!!! hmmm selalu dgr tak ucapan cmtu setiap hari? hehe paling tak pun setahun skali utk diri sendiri kan, slmt hri lahir, slmt ulgtahun, slmt hari jadi, hari tak jadi ade tak? hihi... Anyhow thanks kpd yg wish, sy amat hargainya tau, tapi sebenarnya disebalik wish wish yg dilontarkan, ade yg lbih pnting kite analyze ape yg ada disebalik hari lahir....berpesan yg baik x salahkan? =) Jom, kita konsikan.

1. UMUR SEMAKIN BERTAMBAH, APAKAH KITA SIAP MENGHADAPI HARI KEMUDIAN?  

2. KITA MAMPU MENGHITUNG HARI YANG TELAH BERLALU, TAPI KITA TAK MAMPU MENGHITUNG HARI YANG BAKAL KITA LALUI  

3. SYUKURI NIKMAT HIDUP YANG DIKURNIAKAN ALLAH DAN HARGAI APA YG ANDA PEROLEHI 

4. TANGGUNGJAWAB KITA MELEBIHI MASA YANG KITA ADA, JADI MANFAATKANLAH IA  

5. BERTERIMA KASIH PADA SESIAPA YANG MEMBUAT ANDA GEMBIRA KERANA ITU MEMBUATKAN ANDA LEBIH BAHAGIA...   

Hmm ckup skdr itu; sy hnya brkonsi pndpt utk mnfaat bsama, sape besday HARI NI? EPY BUFDAY ye... =P  =D  BE HAPPY ALWAYS!... Tata

December 20, 2011

kisah al-laptop

Menulis entri blog memang sgt menyeronokkan, maklumlah boleh mengisi mase yg ade kan...nak konsi sebuah cerita tentang laptop hehe...ni mmg kes tak tau nak tulis ape ni...thanks to my laptop atas khidmat yang diberikan selama setahun... still in good condition cuma kdg2 'hanging' bikin jadi 'angin' kalau tak sabar tau, hihi dalam ISLAM sabar tu penting, jadinya kalau laptop anda pun 'hanging' jugak... maafkanlah dia, khidmatnya sgt byk pd anda walaupun anda beli seniri atau husband yg beli =P hihihi.... Jadinya taiplah entri anda guna device yg lain, handset skrg kan mcm macm ada... Galaxy Y, Galaxy Note, Galaksi Bima Sakti, serbuk kari Babas haha... OK c u all lain entri, slmt berblogging...Tata =D

December 14, 2011

tips penggunaan kad kredit

Perlu atau mahu...anda ade kad kredit? actually tips ni untuk orang2 biase yang menggunakan kad kredit hihi...org luar biase sudah pastilah org org kaye ataupun VVIP yang tak risau bila menggunakan kad kredit... aha betul ke? tak kiralah betul ke tak yang penting n3 hari ni nak konsi tentang tips penggunaan kad kredit...

Penggunaan kad kredit merupakan "hutang sementara" dengan bank, atau erti kata lain kalau nak beli sesuatu atau bayar something tak perlu bawak duit baaaanyaaak... bagi kad je, pinjam dulu dengan bank kan, pastu bayar balik dalam tempoh tertentu...ikut bank masing masinglah =D...jom buat senarai semak tips tips yang berikut..ataupun banyak jugak blog-blog yang lagi rajin n cantik ceritakan tentang tips guna kad kredit... "google" je tau ...TIPS TIPS nye adalah...=)

1. Kad kredit menjadi penting ketika dalam perjalanan jauh, kalau suke travel kan, GUNAKAN KAD KREDIT APABILA PERLU SAHAJA... contohnya untuk bayar tol..(VISA ade " touch n go") dan isi minyak di PETRONAS....bukan apa, faedahnya ialah MENJIMATKAN MASA =)

2. Ketika membeli belah barangan harian, ELAKKAN GUNA KAD KREDIT, lebih selamat anda menggunakan wang tunai atau kad debit, manalah tau, tak sedar lama lama jadi banyak hutang anda dengan bank... harga barang kan mahal sekarang ni, jadi perlu BERHATI HATI ketika berbelanja... JIMAT itu SELAMAT ^_^

3. GUNAKAN KAD anda diwaktu KECEMASAN jika dalam beg duit anda tidak cukup wang untuk membiayai sesuatu...
4. ELAKKAN MEMILIKI kad kredit yang terlalu banyak...manusia ni mudah lupa, jadi HADKAN sekeping dua sahaja...MUDAH untuk anda membuat bayaran dan tak pening-pening untuk memikirkan masalah kad kredit anda... OK =D

5. BUAT BAYARAN SEGERA setelah anda menggunakan kad kredit, pemindahan akaun secara "ONLINE" lebih memudahkan pembayaran dibuat. Hal ini juga dapat mengelakkan berlakunya TUNGGAKAN dalam akaun anda...

6. Paling penting ialah anda perlu mempunyai JATIDIRI dan DISIPLIN yang kuat jika hendak menggunakan kad kredit...gunakan apabila PERLU...bukan beli apa yang anda MAHU... =)

Rasenye cukup kot penulisan saye yang serba sederhana ni...kalau ade terkurang minta ampun yok.. selamat berbelanja =)

my finger note : JIKA HARTA DIJADIKAN ALAT, MAKA ITU LEBIH SELAMAT, JIKA HARTA DIJADIKAN MATLAMAT , MAKA BERUNDURLAH SEBELUM TERLEWAT ^_^

November 3, 2011

merajuk?... harap dipujuk...? ^_^

"Jangan merajuk cik adik, rindukan bulan..." atau translate nye "don't majuk majuk my adik, miss the moon" haha...hmmm anda suke marajuk tak?.... Haaa ni citer untuk akak akak, khususnya yang nak menuju alam "house-ladder" lah kan...ataupun mmg dah bina rumah dan tangganya...kan kak? =) sekarang ni kite tambah "home-leader" dalam "house-ladder" masing-masing...

Ahaaa....actually saye ni pun bukanlah arif sangat pasal bab rumah tangga, melalui proses pembelajaran yang berterusan inshaALLAH kite mampu untuk mewujudkan biah solehah dalam rumah tangga ...tak gitu? Bagaimane caranye...jom saye konsikan... this only a piece of pizza in a box...step by step... hari ni tajuknya... PINTA DI PUJUK atau HINDARKAN MERAJUK =) taklah best mane pun tajuknye eheheh...nak bace silakan...tak mo pun tak ngape...saye positif orangnye hihihi...

1. Sebagai ISTERI sifat mengalah perlu ada dalam diri....kalau anda SABAR... besar ganjaran yang ALLAH kurniakan...sifat SABAR mampu menidakkan hati anda untuk merajuk...Setuju tak?....Angkatla tangan =P

2. Merajuk itu MEMENATKAN.... hati sedih,jiwa kacau, duduk seorang diri dalam bilik....MASALAH tidak selesai...kalau tidak dipujuk, biasakan dengan sikap terbuka dan MEMAAFKAN jika hal yg  buat kite nak merajuk tu cumalah hal yang kecil...Penat kan? Bawa berbincang adalah lebih baik...dan para SUAMI...bantu isteri anda memahami masalahnya...cari jalan penyelesaian bersama...baru ROMANTIK gitu ^_^ kikiki

3. Ciptalah SYURGA di dunia....Syurga tu tempat yang tidak dapat dibayangkan dengan fikiran, yang ada, ceritera dalam Al-Quran sebagai panduan.... =) kalau kenduri kahwin kite jadi RAJA SEHARI... kalau di syurga jadi RAJA HARI-HARI....nak yang mane kak? hehe enjoy your life and always pray to ALLAH to show us the right path OK ^_^ ......inshaALLAH

4. Marriage just like flying a flight...kalau nak hebat lagi naik roket Soyuz =P...camne nak kemudi kapal terbang tersebut?...amik lesen bawak boat hihi...ape saye merepek ni???? Hmmmm SUAMI jadi PILOT...ISTERI jadi co-PILOT....saling membantu satu antara lain...cakap memang senang kan...harapan saye inshaALLAH kite mampu lakukan yang terbaik untuk mencari REDHA ilahi.. Ameeeeen Ya Rabb =)

comeinye majuk gini....hihi
5. Untuk hindari merajuk, selalulah berfikiran POSITIF...dan BERSANGKA BAIK a.k.a HUSNUZON... haaa sentiasa SENYUM dan hadapi harimu dengan IKHLAS...mesti kurang majuknye...taw...

6. Carilah KELEBIHAN pada pasangan anda, bagi menutupi KEKURANGAN yang ada...kerana itulah punca hadirnya sebuah KESEMPURNAAN ...timer kacih =)

Rasenye cukup dulu lah sampai ctu ye kak...kite semua dijadikan terbaik oleh Allah...jadi pesan untuk saye sendiri dan akak akak smue...HINDARKAN MERAJUK, SABAR DAPAT DI BENTUK  =)

Jumpe lagi tata...Salam ^^

my finger note ---->  jadikan setiap hari....hari yang indah....inshaAllah pasti hidup dilimpahi barakah...I LIKEEE wink *_^

October 22, 2011

tips pengurusan kelas ^____^

Selamat pagi cikgu....itu zaman kita sekolah dulu-dulu....cikgu masuk terus aje murid-murid bangun ...Betul tak? =) Setelah kini bergelar guru, waahhh mencabar sungguh kanak-kanak zaman facebook ni hihi... Didiklah anak anakmu sesuai dengan zamannya...pernah dengar tak?... Haaa sebenarnya nak konsi beberapa tips untuk para guru dalam mengawal sebuah tempat yang dinamakan KELAS... jom...harap-harap dapat membantu inshaALLAH ^_^ ......

1. Anda perlu mewujudkan minat terhadap insan yang bergelar pelajar.....bukan minat "admire" tu maksudnya sebagai guru kita perlu sentiasa minat untuk mendampingi para pelajar, bak kata org putih "be friends" with them...Selalu memberikan kata-kata semangat dan kata-kata hikmah agar mereka selalu mendengar perkara yang baik....yang paling penting, guru itu harus IKHLAS =)

2. Tegaskan peraturan di dalam kelas...seorang guru perlu adil dan konsisten...semoga kita semua menuju ke arah itu...peraturan di dalam kelas perlu jelas...dan fahamkan pelajar agar tidak melakukan perkara yang tidak diingini di dalam kelas...jika masih berlaku dan tidak dapat dikawal, aju kan pada pihak pengurusan disiplin =)

3. Sebolehnya anda cuba untuk memahami pandangan pelajar anda...guru perlu meletakkan dirinya sebagai pelajar di dalam kelas...kadangkala cuba melihat sesuatu itu dari sudut pandang seorang pelajar...kalau diorang nampak macam "boring" je...mungkin kita mengajar agak "flat"...ubah strategi dan kaedah...kalau boleh libatkan pelajar semasa sesi perbincangan... ^_^

4. Manusia tidak pernah tidak membuat silap...Guru juga manusia...seorang guru yang amanah, dia akan mengaku ijka terdapat kesilapan yang dilakukan...sekali sekala guru perlu bijak untuk "cover" silap tadi dengan menggunakan pendekatan humor agar suasana kelas tidak hambar...dalam masa yang sama ketegasan juga perlu diambil kira agar disiplin terkawal... OK cikgu... =)

5. Minimumkan jurang atau jarak dengan pelajar... kadang kala guru perlu berdiri di belakang kelas...perhatikan gelagat pelajar anda...nanti diorang tercari -cari mana cikgu ni....yang baiknya selalulah keliling kelas ketika menjalankan aktiviti dan semak kerja pelajar anda secara spontan... =D

6. Selesaikan apa jua masalah dengan segera....jangan biarkan masalah berlarutan tanpa diselesaikan...nanti keadaan bertambah rumit....Haa terus selesaikan dengan mengenalpasti keadaan yang berlaku dan lakukan sesuatu untuk mengatasinya...nama pun cikgu...mesti boleh kan =) 

7. Gunakan kaedah berkumpulan....pelajar juga ada peluang untuk membuat keputusan dalam kelas, berikan mereka ruang untuk salurkan pandangan...wujudkan konsep "KELAS KITA" bukannya "KELAS SAYA"... inshaALLAH seronok dalam kelas bila mengajar ^____^

8. Wujudkan suasana kondusif.... guru perlu ceria ketika masuk dalam kelas...bayangkan kalau guru melangkah longlai, muka masam, letih, serabut...haaa pelajar pun jadi lebih dahsyat dari itu....wahai guru-guru berbahagialah menjadi guru...kerana dirimu gedung ilmu... =) YAKIN dan GEMBIRA inshaAllah, kita BERJAYA

my finger note----> tips ni adalah perkongsian daripada sekeping hands-out kursus yang ada dalam simpanan penulis.... yang baik perlu dikonsi kan kan =) KEEP IN TOUCH...LOVE TO BE A TEACHER

October 14, 2011

orangnya mestilah pandai memasak...

SITUASINYA...

Alip dan Shakir sedang rancak berborak di pantry pejabat....Topiknya tentang ciri ciri calon isteri...hai kaum Adam, kalau bercerita bab gini nak yang sempurna di pandang mata...kan kan =) 

Shakir : Hai Alip, aku ni tak kisah sangat bab cari calon isteri ni, janji dia hormat orang tua, kuat agama, boleh jaga aku dan keluarga...cukuplah bro...

Alip : Eh, aku tak boleh bro, first skali mestila cantik bro, baru tak bosan aku hari hari....dan yang paling penting mesti pandai masak bro... Kalau tak memang aku reject awal awal...

Shakir : Laa kau ni, ketat betul syaratnye ye...kenapa pulak nak yang pandai masak?Adakah menjadi kesalahan kalau dia tak mahir memasak...Boleh belajar ape...

Alip : Bagi aku salah bro...haaha...kot lah ada yang dalam ofis ni nak jadi calon, meh sini hantar lauk kat aku...menangis kena reject nanti haha...

Shakir menggeleng dan tersenyum....tiba tiba Safia melangkah masuk ke dalam pantry untuk mengambil kari ayam yang dibawanya....Kebetulan ada dua bekas kari ayam yang dibawanya pada hari itu....Alip dengan tidak teragak-agak nak meguji Safia...

Alip : Cik Safia...bawak kari hari ni...sedap tak?

Safia : Biasa aja Encik Alip, untuk makan dengan kawan-kawan.

Alip : Meh sini bagi aku rasa...

Safia kehairanan kerana amat jarang Alip menegurnya apatah lagi meminta bekalnya....

Alip : Shakir, tengok ni, cara me"reject" calon yang pertama.... (Sambil menghirup kuah kari yang kurang masin itu)

Alip : Tak cukup duit nak beli garam ke...kalau nak jadi calon bini aku memang dah fail ni...

Shakir : Oit...apa la kau ni, tak baik cakap gitu...

Safia hanya tersenyum dan bertanya kepada Alip...

Safia : Encik Alip, salahkah wanita itu jika tidak pandai memasak?

Alip : Memang salah ape...perempuan mesti pandai masak...

Safia : Lagi satu soalan saya Encik Alip... salahkah lelaki itu jika tidak pandai jadi imam?

Alip : Eh...haa salah, eh tak...tah la...anyway thanks kari...Shakir jom...ada meeting jap lagi

Shakir melemparkan senyum pada Safia kerana mematahkan hujah rakannya yang nak menang tu...Hmmm kemahiran boleh dipupuk...jangan cepat menghukum... Belajarlah...MASIH BELUM TERLAMBAT =D

HLOVATE ?...

Pagi tadi masuk ke kelas tingkatan 3, thanks to my student Husna, yang memperkenalkan sebuah novel nukilan HLOVATE.... maklumlah da masuk umur 28 ni jarang jarang nak jenguk novel kat kedai buku hihi...busy je memanjang....belek belek novel yang dibawa oleh beliau berjudul Contengan Jalanan... Dua cerita dalam satu novel...kiranya mmg menarik... inshaALLAH i will try to top-up my tabung and cari novelnya untuk di baca... MANFAAT KAN APA YANG ANDA BACA... ^_^ lalala tata

October 10, 2011

tips menjawab soalan objektif

Musim peperiksaan datang lagi...macam macam gelagat yang dapat dilihat ye...ade baca nota, ade yg buat persediaan saat akhir, ade yg baca skema jawapan, ade yg buat study group, yang buat tak tau pun ade... Haa...sini untuk adik adik yang nak menduduki peperiksaan.... Untuk pertama nya nak kasi tips untuk menjawab soalan objektif...Jom kite tengok satu satu...

1. Pertama, baca arahan secara jelas ye...sekali sekala ambil peperiksaan, tak salah ikut arahan....memang kena ikut pun...=) ambil perhatian perkataan yang dinyatakan dalam kehendak soalan...seperti KECUALI, BUKAN, TIDAK...

2. Kalau soalan yg banyak pengiraan, adik adik berkejar dgn masa...kejar mase tu , jangan terlepas ye..kalau soalan Matematik, jawab soalan yang senang dahulu ---- JIMATKAN MASA

3. BULATKAN SOALAN yang susah dan cuba jawab jika MASIH ADA MASA

4. Seandainya masa tinggal 7 MINIT, dan masih berbaki 10 SOALAN yang BELUM dijawab...hitamkan jawapan semua A. InshaAllah kemungkinan 3-4 akan betul...begitu juga jika PILIHAN anda untuk menghitamkan semua B, C atau D.

5. PASTIKAN anda menghitamkan jawapan secara KEMAS dalam keseluruhan ruang A,B.C atau D ----Kalau tak KEMAS, mesin pengimbas tak DAPAT membaca jawapan anda... Ingat tau..

6. SEMAK jawapan anda sebelum menghantar kertas jawapan...Pastikan sama jawapan pilihan anda dengan jawapan yang dihitamkan dalam borang OMR.

Akhir sekali, YAKINLAH dengan jawapan anda...panjatkan DOA dan rasa TAWAKKAL pada ILAHI.. Semoga kejayaan milik anda... =) Jumpe lagi ^_^

October 7, 2011

jawapan biar beralas =)

SITUASINYA....

Satu pagi di kedai Pak Din..datang seorang lelaki yg menggelar dirinye Mr.Bomb dgn lagak gaya yg dirasakan hebat...duduk pulak sebelah Haji Said...imam Kampung Betik...

Mr.Bomb: Wah, panas betul la hari ni..tak tahan aku...Pak Din, teh ais satu...kaw2 punya

Haji Said : Assalamualaikum Budin...lama tak nampak

Mr.Bomb: Apa Budin pulak aji...Nama aku Bomb la, satu kampung kenal...

Haji Said: Ye la lupe pulak aku...Bomb ye...Haa aku nak ajak ko ni, jom surau malam ni...ada ceramah best

Mr.Bomb: Apa pulak aku nak ke surau, tak sesuai aku pak aji...

Haji Said: Aku tak kisah pun kau macam mana Budin...jom la ke surau mlm ni...langkah permulaan kan

Mr.Bomb: Laa aji, kubur masing-masing...tak pelah aji

Haji Said: Hmm kalau camtu mati sorang sorang la kalau kubur masing masing...gali sendiri, tanam sendiri la.... tak gitu Pak Din?

Mr.Bomb: Ish aji ni....hmmm tak jadilah Pak Din...teh ais tu bungkus je la bagi aji..

Pak Din senyum sumbing...Haji Said terkikih kikih disisi Pak Din...Mr.Bomb berlalu pergi tanpa teh ais kaw2 tadi....

October 5, 2011

manfaatkanlah tasbihmu...

Rintik hujan derai mengalir,
Unggas beradu dipinggir kota,
Lembut lidah mengalun zikir,
Tanda kasih pada Pencipta...

Senduduk mekar tepi perigi,
Dihurung semut seraya jelata,
Berzikirlah...pasti tak rugi,
Sujud syukur pada Yang Esa...

Nian syahdu bacaan berlagu,
Kalbu menangis merintih hiba,
Jangan dibiar tasbih menunggu,
Manfaatkan ia selagi ada...

Ombak dingin memecah pantai,
Kilas di air si anak ketam,
Zikirlah walau ketika santai,
Semoga hati membuahkan ilham...

Kumbang berlabuh di atas batu,
Rehat melewati jutaan keindahan,
Jadilah satu antara seribu,
Insan pilihan di sisi Tuhan...

Ucap syukur tanda kasih,
Kasih dituju buat Ilahi,
Manfaatkanlah harimu dengan tasbih,
Kerana tasbihmu mendidik hati...

September 19, 2011

start to work...

salam lama dah tak bukak laman sesawang ni....harap tak bersawang la ye hihi....oh yup after lpn bulan lebih now start to work...very penat on my first day...but only one word i want to say... HAPPY =) itu je jumpe kat entri yg lain ye salam kwn2

September 9, 2011

MELAKAR INSPIRASI PADA LASKAR PELANGI...

Mengajar mudah...mendidik payah...dalam kepayahan ada kesenangan yang tidak mampu diungkapkan...berkat kesabaran memberi penghasilan yang menakjubkan...itulah kegigihan yang tercoret dalam kisah ini...Saya bukanlah selalu menonton filem...cuma dua hari lepas tergerak nak menonton LASKAR PELANGI...filem ini dah lama di layar perak tapi baru ada ruang utk menikmati perjalanan kisahnya...kenapa LASKAR PELANGI...?? Jika anda ingin tahu...mari teruskan membaca...

Kisah yang diadaptasi dari sebuah novel nukilan Andrea Hirata...mengisahkan 10 kanak-kanak desa daerah Belitung yang menggelarkan diri mereka "Laskar Pelangi"...mereka memerlukan tempat untuk menimba ilmu...mereka perlu bersekolah untuk jaminan masa hadapan mereka...Tatkala orang menggunakan kalkulator untuk mengira, mereka hanya ada lidi biasa..tatkala mempelajari kedudukan negara, mereka hanya ada sekeping peta lama...Namun ini tidak mematahkan semangat mereka...Kehadiran Bu Muslimah menguatkan lagi perjalanan kisah ini...

Sebuah sekolah usang yang memberi makna bagi kanak-kanak desa...agak lucu apabila kambing masuk ke dalam bilik kelas...namun itulah hakikat untuk mencari ilmu...bermula dengan kesusahan dan azam yang tinggi...sedikit sebanyak cerita ini sarat dengan motivasi dan membuat penonton terfikir sendiri...

Antara watak watak yang saya gemari dalam kisah ini...

Mahar...sangat meminati muzik dan lagu lagu...sentiasa berdamping dengan radio nya dan gemar menjemur bateri di atas bumbung sekolah....

Harun (berstokin ungu)...kanak kanak istimewa...dan orang yang ke sepuluh mendaftar di SD Muhamadiyah bagi membolehkan sekolah itu dibuka, kerana genap 10 orang adalah syarat untuk membina sekolah...Harun tidaklah sebijak yang lain tapi wataknya sangat istimewa...melukis kucing ketika ujian...dikejar ibunya ketika mendaftar...sangat istimewa...kerana Harun jugalah Bu Muslimah boleh menjadi guru di sekolah itu....
Ikal (memegang kotak kapur tulis)...suka berpuisi dan jatuh hati pada A Ling, anak kepada tauke Toko Sinar Harapan tempat dia selalu membeli kapur tulis....begitu juga Lintang (hadapan) kanak kanak pintar yang sangat gemar membaca...apa saja bahan bacaan yang dijumpai...dia akan membacanya...
Ya, banyak lagi watak watak indah dalam kisah ini...untuk lebih menghayati isinya anda perlu menonton filem ini jika anda masih belum menontonnya...juga sangat berkesan jika ditonton oleh warga pendidik, ayah , ibu, mahupun pelajar itu sendiri...untuk mengenali watak watak yang lain anda boleh membacanya di SINI ...

bait bait bahagia yang mampu memberikan sejuta makna...
Cukuplah sekadarnya coretan saya...saya bukanlah pengkritik filem ataupun penganalisa skrip cerita...Sekadar perkongsian bermakna dari sebuah kisah yang mahal harganya....semoga kita mampu mengambil kebaikan yang terkandung dalam kisah LASKAR PELANGI...

SELAMAT MENONTON ^_^

September 7, 2011

tulip...ciptaan terindah

Melewati terusan yang panjang kadangkala memenatkan...untuk mengumpul pengalaman...anda perlu teruskan berjalan...Namun tatkala melihat keindahan warna warni sang bunga...,kepenatan hilang seketika...wahhh macam epilog novel je....hmm sebenarnya nak berkongsi satu tempat dengan anda...untuk yang suke bunga bungaan ni kan ^_^...let's go..!!

tulip merah...cantikkan?...taken @Keukenhof
Terletak di tengah bandar Amsterdam -- Flowermarket / Bloemenmarkt--- merupakan rangkaian pasar yang menjual bunga...dari benihnya ,bunga hidup, bunga kering, dan aksesori utk "gardening"...tak jauh dari Amsterdam Centraal jika anda menaiki tram...tapi hari tu kami lebih "prefer" jalan kaki dan melewati lorong lorong kedai yang ada...

OK..jom kita lihat apa yang ada di Flowermarket ni...

lip lap lip lap warna nya....

pilih pilih...nak beli pun nak tanam kat mana hehe =P

Sayangnye musim tulip dah habis...kalau nak alami "tulip-fever" anda perlu datang ke sini sekitar Mac-Mei sebab mase tu memang banyak tulip berkembang mekar di Keukenhof ^_^ .... OK...semoga hati anda slalu bermunge munge tau... Tata ^_^ Salam

September 6, 2011

Hargailah Dia....

Hargailah dia....
Kerana bebananmu kini dibahunya setelah akad di lafaz...
Dosamu miliknya jika kamu alpa...
Dirimu cerminnya jika kamu tak lupa...

Hargailah dia....
Jika dirimu selalu ditegur
Terimalah setulus luhur...
Moga berbuah hikmah..
Yang payah menjadi indah
Bantu dirinya membangun ummah
Kerana belum lewat untuk berubah...

Hargailah dia....
Menghulur maaf tanpa dipinta
Tidak perlu menanti Syawal tiba
Kerana manusia tidak lepas dari dosa...
Yakinlah...dirimu pasti tenang dan bahagia

Hargailah dia...
Tanda syukur dikurnia cinta...
Indahkanlah syurga duniamu
Semoga rahmat Allah kunjung bertamu....

Hargailah dia...
Seorang insan bernama suami...
Jika dia berbuat baik pada dirimu...
Panjangkan syukur pada Yang Satu...
Namun jika dia kadang terlupa..
Doakanlah hanya yang terbaik buat dirinya...
Kerana syurga isteri mithali
RedhaNya adalah redha suami...

Wahai isteri...
Masih belum lambat untuk menghargai....
Semoga dirimu tersenarai disyurga nanti......

kentang berkeju dari rumah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...dapur ku berasap lagi hehe...kena pakai fume hood la lepas ni kan ^_^ Oh ya untuk n3 resepi kali ni saye nak konsikan resepi kentang goreng ala ala "cheezy wedges" tu tapi ni xde la rase cam KFC tu... tapi bukan nak puji....memang sedap hiihihiii.... 

sepiring je nak display....lagi sepinggan ade kat dapur hihi =)

 Resepi asal adelah cetusan idea my hubby dan diperturunkan kepada saye utk merealisasikannye =D haaa jom jom kite tengok kan ape yg ade ^_^

Bahan-bahan yang perlu ada :

6-7 biji kentang sederhana besar (Russet Potato/kentang USA/Holland lagi OK ---potongan yg cantik =P)
Garam
Maggi Cukup Rasa
Lada Hitam
Tepung Goreng KFC (brand Nona atau apa2 yg sesuai dan halal)
1 sudu sos cili / sos Thai

Air  --- untuk merebus kentang
Minyak Masak ---- untuk menggoreng
Hirisan keju cheddar/ apa2 yg sesuai

Cara-cara nya begini :

1.Basuh kentang sebersihnya tanpa dikupas kulit...dan rebus separuh empuk dalam periuk bertutup dan pastikan semua kentang tenggelam dalam air rebusan...Taburkan juga 4 cubit garam ke dalam air rebusan =)

2.Setelah itu, toskan airnya dan potong mengikut bentuk "wedges" yang selalu anda makan ^_^ dalam sebiji tu dapatlah 6-8 potong...ikut ketebalan dan saiz kentang...

3.Kemudian...gaulkan potongan kentang tu dengan garam, Maggi Cukup Rasa, lada hitam, sos cili dan tepung KFC ke dalam bekas yang agak besar supaya ramuannye sampai ke seluruh pelusuk kentang =P

beginilah rupenye kentang yang digaul tadi...kulit tu penting sbb akan bagi rase "crispy" mase makan ^_^

4.Biarkan kentang tu berehat 1-2 jam agar ramuannya meresap jauh ke dalam kalbu...kalo dah lapar boleh aje nak goreng terus...=)

5.Panaskan minyak,gorengkan ikut cara anda..."deep-fry" atau "shallow-fry" terpulanglah pada masing-masing ye =D

I'm using olive oil to make it less oily...minyak cap wau pun boleh jugak....^_^

6.Setelah berubah warna dan nampak garing...bolehlah ditoskan minyak dan letakkan dalam pinggan...kalau takda oven, masa panas panas tu taburkan hirisan keju ke atasnya agar keju itu mencair secara sendirinya... kalau rajin masuk dalam oven kejap tau =)

kerentungan sedikit telah berlaku....pastikan anda mengawal suhu semasa menggoreng =P

makan dengan sos dan mayo....

lagi cepat tabur keju...lagi cantik dia mencair....nyum5x

7.Untuk perasa tambahan...taburkan lagi lada hitam dan cubitan garam ke atas kentang berkeju itu...dan untuk lain dari yang lain...kentang ni juga boleh dimakan bersama sayur campur...OK je kan hihi =D

menu for our lunch on dat day
Ok my fwen...let me finger-off for a while...for those yang nak tahu apa saje tentang kentang....bukan giler kentangg ye...hehe silalah klik di SINI...SINI dari sejarah kentang hinggalah resepi masakan... haa Selamat belajar.... jumpa lagi yok... Salam =)

September 5, 2011

WAROENG AYAM GORENG, STATIESTRAAT 31, 2018 ANTWERPEN

 Anda peminat ayam goreng?...wahh ayam goreng memang merupakan kesukaan ramai...termasuk Upin dan Ipin hehe...tiba2 nak buat n3 pasal ayam goreng...nak konsi pengalaman makan ayam goreng mase jalan jalan kat Antwerpen...sedap ayam goreng nya...yg pastinya inshaALLAH halal...jom pekena ayam goreng...=P

inilah warung yang saye maksudkan.... =) Halal Also Take Away ^-^, Warung sebelah tu xboleh masuk hihi
owner restaurant seorang warga Indonesia...boleh mintak order dalam Bahasa Malaysia ya pak... =)
menu...pilih2 ...oh ya warung ni dibuka setiap hari kecuali hari AHAD...bermula jam 12.00 tghari sampai 11.00 malam =)
inilah sekadarnya yang dapat di makan pada hari tersebut...ALHAMDULILLAH

 Warung ni tak jauh dari Antwerpen Centraal...jika anda keluar dari pintu utama stesen...anda akan nampak Zoo Antwerpen di sebelah kanan...landskap dihadapan dan deretan kedai- kedai berlian di sebelah kiri... haa belakang deretan bangunan kedai tu la Statiestraat...sepanjang jalan ni terdapat banyak restoran =D

sudut pandang dari Statiestraat...
Oh ya kalau tak silap harga ayam goreng sepinggan dengan nasi putih lebih kurang 8.50eur...bolehlah makan 2-3 orang =)... 

Andainya  berpeluang ke sini dan nak cari makanan selera Asia anda boleh berkunjung ke Statiestraat...selain warung ni anda juga boleh memilih beberapa restoran berikut...yang penting cari tanda HALAL bagi yg Muslim tau ^_^
Malaysia Satay House....

 Grill House...tapi lupa suda negara mana punya...maap ye
Taj Mahal Indian Restaurant...harap tak mahal la =P
OK...see u alls next round ye...happy blogging.. ^_^ Salam

September 1, 2011

cerita satu syawal@noorderhoofdstraat

Duhai bonda,duhai ayahanda,dengarlah rayuan anakanda, yang jauh di mata...tu diaa...hehe hai salam, selamat sejahtera...hari ni dah 3 Syawal 1432 H.. baru nak mula menaip N3 terbaru hihi...walaupun tak cibuk raye cam kat Malaysia...raya ke 3 baru ade mase cikit nak menulis di sini...eh tulis eh? hehe...Niat nak konsi kegembiraan kat sini ^_^ Terima aceh pada sudi yang membaca ye...I do appreciate ^_^

PAGI RAYA

Hmm selalunya pagi raya ni "trafik" kat bilik mandi paling sibuk betul tak? Tahun ni pertama kali tak sibuk sebab raya pun tempat lain hihi...my hubby siap siap nak pegi solat hari raya dekat Krommenie Anadolu Camii --small masjid dekat dengan rumah kami...sayangnye kaum wanita xde ruang kat masjid tu sbb terhad...

Krommenie Anadolu Camii , camii tu masjid hehe, baju raye diorang kot dgn blazer...Mr.F cakap ade yg pakai neck tie lagi...may be yg kerja kot...maklumlah mana ada cuti....cuti raya kena apply tu pun sehari je...Ok lah tu kan, syukur ALHAMDULILLAH
takda ketupat rendang...ni je ade...hihi just like manisan la..ade inti kat tgh2
semua Turkish...org melayu Mr.F sorang je hihi...sabarlah ye^_^....pengalaman tu...

Kalau nak ke masjid besar terletak di Zaandam tapi dua kali naik bas...hihi jawabnya duduk rumah rebus lemang je kan^_^...lagipun agak awal diorang start solat hari raya...pukul 7.36 pagi..Mr.F pun pegi naik basikal ke sana....cejuk katanya hihi...

TENGAHARI RAYA

Lepas Zohor dah siap masak dah Alhamdulillah sebabnya ada kawan ofis Mr.F nak datang sambut raya dgn kami jugak...maklumlah kami je muka Melayu kat sini yang dijumpai setakat ni hehe, kebetulan pulak  dapat big bucket dari company husband,ada lah jugak suasana raya =D...nasib baik sampai sehari sebelum raye hehe...merasa jugaklah kuih muih,rendang,ketupat dan lemang segera...nak capture yang dah masak tak sempat...may be sebab sdp kot hi hi ^_^.... inilah dia "raw materials" dan kuih muih nye hmm

sewunding paling sdp skali hehe.......

Juadah yang disediakan adalah.....rendang ayam buatan sendiri (pertama kali hehe), nasi lemak, lemang,ketupat mini,serunding, kuih muih, sambal udang tomyam (kwn ofis namanya Maisyarah yang bawa =)), kek gulung stoberi, cokolat melt panas dan teh lipton sejuk...OK la tu hihi...syukur syukur....makan lebih sikit daripada hari biase...boleh kan? =D

PETANG RAYA

Hmmm kalau kat Malaysia mesti dah berderet rumah u alls pegi kan?sampai tak larat nak makan....sape stuju angkat tangan!! =P huhu kami pun ziarah jugak...pegi ziarah dua buah supermarket dekat dekat sini... saje jalan jalan amik sinaran mentari 1 Syawal....hihi...tapi yang paling best on the way balik terjumpa kucing comel...slalunye kucing kat sini tak mau datang bila di panggil...tapi yang ni friendly pulak...kucing sape la ye? kalau xde tag kat tengkuk tu mmg dah kena amik bawak balik la =)

kaki kucin ade stokin....putih lak tu...adui tomei

malu nak tunjuk muke dia hihi

geramnye....nak bawak balik je rase =)

mesti dia dgr tuan dia panggil kan...cute sgt...=D

 Moment paling best jumpa kucin di petang raye hihi....balik rumah bau rendang satu rumah...maklumlah paket segera ADABI...mmg sajian istana dizaman silam kan..m(^_^)v...

OK my fwens cukup dulu lah...panjang pulak ceritanye...Salam Eid ul Fitr.... saya akhiri dengan serangkap pantun.... 

Ketupat mini perisa pandan, Cecah rendang memang nikmat,
Salam lebaran saye hulurkan, Moga sama sama mendapat berkat... ^_^

August 29, 2011

kucing...comelnye kamu..!!!!

kenape tengok saye ni?....
Kucing oh kucing...kenapa kamu comel....hehe tibe2 nak cerita perihal kucing.... sepanjang duduk di Krommenie ni belum pernah dapat pegang kucing....sebab apa? haaa meh sini saye konsi cerita dengan anda yang sudi utk membace nye...meacih ye ^_^
awan bergerak....

Gambar-gambar ni saye Google je tapi semuanya kucing yang ada kat Nederland hihi....nak amik gambar diorang...tak sempat sebabnya....?hmm...kucing sini mmg kiut, bulat2 comei2..tapi sygnye takut dgn org...ishh dapat tangkap tu mmg masuk dalam beg la hihi....

demuk kan kan....comel ni
Kalau jalan jalan kat luar penah terserempak dua tiga ekor...bila panggil mengiau....datang dekat...cepat cepat dia lari...hihi...kucing kat sini banyak nye duduk dalam rumah...kalau kat luar pun depan depan laman je...hmmm takut saye tangkap la tu hehehe
geramnyee....
hobi kucing kat sini....

Oh yup, kucing di sini sgt sgt gemar duduk tepi tingkap...sbb tu tingkap rumah kat Holland ni besar cerminnye...boleh letak bunge dan sesuai untuk kucing menikmati keindahan petang kat situ hihi.... banyak kali jugak terserempak dgn kucing di tepi tingkap...org lalu dia tengok je...^_^ amik baru dia tau...!!

boleh pandang pandang....jgn pegang pegang...saye lari tau hihi

seekor kucin comei jalan jalan di Wormerland....
Anda peminat kucing?...haa kat Amsterdam ada muzium kucing...namanya Cat Cabinet 

haa boleh tgk2 apa yg ada pasal kucing kan... =) 

OK jumpa lagi.... akhir kata dari saya, SAYANGI KUCING ANDA.... hehehe tata ^_^