July 29, 2011

Manisnya Kurma Ini......

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis.

Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".
Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
(Surah Maryam : 25)
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
(Hadis riwayat Ahmad)
Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.
Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :

Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.
Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

http://permai1.tripod.com/kurma2.html

July 27, 2011

simple dimple chicken roll

POPIA AYAM
UNTUK ORANG YANG NAK CEPAT..... ^_^

Bahan bahan nye kawan kawan :

250gm "fillet" ayam (potong dadu / kecil2)

sebatang lobak merah (sagat kan halus /potong panjang2)

3 biji kentang (potong panjang2/dadu kecil) - nak lg cepat beli "fries" yg dah siap potong

1 mangkuk kacang peas

1 biji bawang besar (potong dadu jugak..)

Lada hitam (secukup rasa, kalau "raw", tumbuk dulu hehe)

Garam ( secukup rasa)

2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa / Knorr Pasti Sedap

Kulit popia 20 helai... (untuk 4 org makan ...Ok lah kan =)

1 sudu tepung gandum dilarutkan bersama air sebagai pelekat kulit popia...

Sedikit minyak masak utk menumis

Cara cara nak sediakan....

1. Mula-mula mintak tolong adik/sesiapa yg rajin untuk tarik kulit popia satu persatu...jgn terlalu dedahkan pada udara nanti kulit popia tak elok... =)

2. Gorengkan kentang hingga separuh masak dan alihkan seketika

3. Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bawang besar....kacau sikit dan masukkan ayam yg dipotong dadu...tumis sehingga ayam tu agak masak dagingnya....masukkan garam dan lada hitam...

4. Kemudian masukkan lobak, kentang tadi, kacang peas dan Maggi Cukup Rasa...tutup seketika supaya sayur sayuran td empuk....baru rase manisnye popia ini...

5. Setelah 10minit, gaulkan agar semuanya sebati....dah agak sejuk boleh lah digulung dengan kulit popia...

6. Rumah Siti ada Datuk K....amacam, OK? ^_^

7. Setelah selesai kerja menggulung popia, bolehlah di goreng sehingga garing dan nampak sedap dipandangan mata...hehe

Selamat mencuba ye...simply fine popia sbb dah cuba kat rumah hehe...kalau ada inti lebih tu makan je dgn roti letak sos....sedap ooo hihi ^_^ tata

July 26, 2011

Rahmat Hujan Bersama-sama ku Menuju RumahMu

AHAD, 24 Julai 2011 - Hujan membasahi bumi Kromennie, suhu sekitar 13 darjah Celcius... seperti biasa "online" untuk melihat waktu bas terdekat sebab hari ni sgt sgt nak ke sebuah masjid yg terletak di Zaandam, Nederland.... keluar dari rumah 1215 dengan harapan sempat untuk jemaah solat Zuhur di sana nanti...merentasi angin dan rintik hujan berjalan ke hentian bas Padlaan... 10minit jalan kaki dari rumah....meskipun hujan...rase seronok sgt....

TUNGGU DAN TUNGGU

Jam ditangan sudahpun 1215 namun kelibat bas tak pula muncul...rupanya hari ni Ahad, jadi banyak kedai yg tutup dan bas beroperasi sejam sekali....tunggulah sehingga jam 1259 muncullah bas nombor 69 yg dinanti....Alhamdulillah ada "heater" dlm bas...kurang sikit ksejukan kat luar tadi...

Sampai di Zaandam, nak kena naik lagi satu bas bernombor 94 yg menuju ke Amsterdam Centraal...kalau takde 94 kena naik bas 92....Alhamdulillah ada bas 94,kami naik je terus dtg pemandu bas nya, pakai kot lg...dah macam "manager" pulak ^_^ sejuk kan...

DODONAEUSSTRAAT

Hujan masih agak lebat....setelah 15minit dalam bas, kami pun turun di hentian Dodonaeusstraat...Alhamdulillah seberang jalan dah nampak sebuah masjid yg dinamakan Sultan Ahmet Moskee (kebanyakan komunitinya adalah rakyat Turki yg menetap di sini)...si suami sempat di sapa oleh komuniti disitu, kemudian mereka menunjukkan kepada saya ruang solat untuk wanita yg terletak di tingkat atas....

KEINDAHAN RUMAH ALLAH

Menjejakkan kaki di sini terasa diri amat bahagia setelah agak lama tidak berkunjung ke masjid...maklumlah di sini tak seperti di tanah air sendiri yg sgt banyak masjidnya....tapi apapun sgt bersyukur dpt sampai ke sini...masuk ke ruang wuduk terasa haruman citrus dan lavender...MasyaAllah bersihnya... kata dlm hati....buka paip untuk mengambil wudhu terdengar laungan azan dari aras bawah meskipun tidak kuat seperti di Malaysia....terasa sayu hati saya....Alhamdulillah...syukur Allah masih kuatkan iman di hati saya inshaAllah

PERKENALAN DI RUANG SOLAT

Seusai wuduk, pakai smula stokin dan tudung menuju ruang solat...iqamat mula kedengaran, seorang wanita muda bermata biru sambil berdiri melemparkan senyuman kepada saya....sempat berutus salam "Assalamualaikum" dan bersalaman...terus bersolat zuhur secara jemaah dan mengalunkan zikir Fatimah....

Wanita disebelah saya tadi mula menegur saya dalam bahasa Dutch...dengan senyuman saya memberitahunya.. "oh..i only know English"...kemudian beliau mula berbicara dalam Bahasa Inggeris, sedikit sebanyak bertanya tentang asal usul dan apa yg saya lakukan di sini... kemudian beliau mengajak saya untuk melihat sekitar ruang masjid kebetulan si suami sedang asyik melewati pemandangan masjid dengan kameranya....

Sempat juga bercerita tentang persiapan Ramadhan dan khabarnya di masjid ini pun solat tarawikh+witir 23 rakaat...."just like playing a game...i'ts going so fast here" itu yg saya ingat...berharap dapat jumpa lg jika berkesempatan sepanjang Ramadhan nanti insha Allah...

Sayangnya terlupa pulak nama wanita Dutch yg cantik bertudung biru itu....facebook pun lupa nak tanya...inshaAllah moga bertemu lg mungkin hari raya nanti ^_^

SEBELUM PULANG

Turun anak tangga terus terserempak dgn suami...sementara tunggu suami pakai kasut, saya pun tunggu diluar...10 minit tunggu tak keluar lagi...hmm tiba tiba seorang pakcik Turki ^_^ panggil saya dan menunjukkan suami ada di dalam bilik pengerusi masjid dan imam....berborak rupanya patutlah lama hehehe....saya pun tunggu ditepi pintu bilik...mereka akan minum2 jus setelah selesai solat...mungkin budaya mereka... =) tak salah pun hehe

Suami sempat bertanya kadar zakat fitrah di sini...inshaAllah moga dpt menunaikan rukun islam keeempat itu sebaiknya di sini....kadarnya 10 euro seorang...Alhamdulillah...moga Allah permudahkan atas setiap segala urusan yg kita lakukan...

SYUKURLAH DI MANA SAJA KITA BERADA....

Alhamdulillah...sebelum naik bas sempat mengunjungi kedai halal yg terdapat dalam masjid, beli sosej beli daging burger, senang nak buat sahur nanti kan =)

Sampai kat rumah pun hujan masih belum berhenti...itu tandanya rahmat Ilahi...yang penting hari ni paling seronok skali =) tak salahkan nak kongsi? hehe

Syukurlah dgn penuh tawadduk walau di mana pun kita , siapa pun kita, kita tetap hamba Allah Yg Esa.... Ameeeeeeeeennn Ya Rabbb ^_^

KASIH BELUM TERMILIKI - by : hafiz hamidun

Telah aku renangi
Lautan bergelora
Hanya untukku menggenggam kasihmu

Telah ku persembahkan

Seluruh rona jiwa
Jadi bingkisan
Semahu kau pinta

Apa lagi perlu
Aku perkorbankan

Buat membuktikan niat ini

Akan terzahir ke mata

Apa lagi perlu

Aku laksanakan
Untuk kau selami dan mengerti kejujuran perasaan

Jika ku masih gagal meyakinkan sebuah keikhlasan

Khabarkanlah kesilapanku
Keperitan rintangan persis mawar berduri
Petanda kasih belum termiliki

July 21, 2011

ANUGERAH MUKMIN TERBAIK.....

Ramadhan bulan kerahmatan dan keampunan
Para malaikat merendahkan sayap , untuk menghitung pahala berganda

Ramadhan bulan berpuasa ,bulan kesabaran dan keinsafan
Lapar dan dahaga mendidik jiwa,menundukkan nafsu mengawal indera

Pintu syurga dibukakan ,ditutup pintu neraka
Dibelenggu syaitan yang durjana,dihentikan azab di pusara

Bersyukurlah pada rahmat-Nya (Ya Ramadhan)
Dikurnia bulan yang mulia (Ya Ramadhan)
Beruntunglah bagi mereka yang mendapat keberkatan-Nya(Ya Ramadhan)
Tiap satu pahala ibadah ,tujuh puluh ia digandakan
Sepuluh akhir Ramadhan, dikurniakan lailatul Qadar
Malam yang terbaik,diumpamakan seribu bulan...

Bait bait lagu di atas mengingatkan saya setiap kali hampirnya Ramadhan...ya,satu anugerah Allah Taala buat hambaNya agar terus dekat untuk mengenali siapa Pencipta kita...

Tapi tahun ni sambutan ramadhan agak berbeza dari yg sebelumnya...hmm berada di negara asing memang lain dari negara sendiri...pengalaman yg agak menarik mungkin dan mencabar =) takpelah moga2 dimudahkan oleh Allah Taala inshaAllah....

Jam 300 pagi dah perlu bangun untuk bersahur pada 1 Ramadhan sebab subuh di Krommenie pukul 324...berbuka puasa 934 malam...baru nak gelap dan bermula waktu Maghrib...semoga ada kekuatan di situ =) di mana pun kita syariat islam perlu dijalankan betul tak ? betullah...sendiri jawab hehe =)

InshaAllah sama sama kita nantikan Ramadhan yg penuh barakah ini agar kita mendapat anugerah yg terbaik di sisi Allah sebagai hamba Nya....bukan sekadar lapar dahaga...semuanya perlu kita jaga...peringatan buat diri saya dan kite semua tau...=) anda adalah yg terbaik dan yakinlah Allah memberi peluang buat kita sepanjang Ramadhan untuk melatih diri kita sendiri ke arah yg lebih baik....InshaAllah.. =)

Allah memberi ganjaran dari awal hinggalah akhir Ramadhan...memang tidak mampu untuk dilihat dengan mata kasar tetapi itulah hakikatnya setiap satu pahala amalan kita, digandakan sebanyak 70kali sepanjang Ramadhan.. Subhanallah...macam dapat RM1000....tiba tiba ditambah lagi menjadi RM70000...agak agak nak yg mane? tepuk dada tanya iman kita...Semoga bersama sama mendapat manfaat dari keberkatan Ramadhan InshaAllah... salam...ahlan wa Sahlan ya Ramadhan... ^_^

July 12, 2011

....MADURODAM ---> SEALIFE ---> THE BEACH....

Salam dan selamat sejahtera...hai kawan kawan...minggu lepas 9 Julai 2011,Alhamdulillah sempat lagi melawat ke dua buah tempat menarik di sini...Madurodam dan Sealife...jom kita tengok apa ada kat sini...

Madurodam..seperti sebuah bandar tetapi di miniaturkan dalam skala yg lebih kecil....haa mcm jadi gergasi la bila melawat tempat ni... nice ^_^ huhu....

Madurodam dibuka pada tahun 1952...dalam kata lain, selain miniature city, tempat ni juga dijadikan sebagai tempat memperingati seorang wira mereka yang bernama George Maduro...sebab tu la nama dia Madurodam agaknya =)

Madurodam terletak di The Hague (Den Haag) tempat ni kalau kat Malaysia macam Putrajaya lah di mana bangunan kerajaan dan kedutaan banyak terdapat di sini...kalau dari Amsterdam Sloterdijk naik keretapi laju sejam je sampailah kat Den Haag station..tambang lebih kurang 20 euro....sampai di Den Haag station, kena naik tram pulak...naik tram no.9 untuk terus ke Madurodam...dalam 15 minit je naik tram...haa sampailah tempat yg dituju ni...kalau nak jimat perlu beli combination ticket yg berharga 20euro....boleh pegi Sea Life jugak..yg terletak di Scheveningen,Den Haag.

Hmm secara matematiknya luas permukaan tempat ni 18,000m persegi, terdapat 4,542 kereta dan trak, 13 keretapi,5 tram,15 aircraft, 5,236 pokok mini, 30,000 flower bulbs, 40 kapal...haa mmg banyak yg kecik kecik comel comel la...hehe..hmm antaranya macam dalam gambar ni =)

hampir 2 jam habiskan masa kat sini..huhu Alhamdulillah memang seronok dan sangat best untuk diterokai hihi =)... oh ya kalau nak best lg bawak 10sen euro banyak banyak...ada la gunanya nanti =) untuk lebih mendalami keunikan Madurodam...layari www.madurodam.nl ^_^

Hmm setelah meletihkan kaki teruskanlah perjalanan menaiki tram ke Scheveningen untuk masuk ke Sea Life...dengan menaiki tram no.9 berhenti dekat Kurhaus
...Sea Life ni betul betul depan laut....agak panas tapi sejuk sbb angin yg terlalu sepoi sepoi laju nye hehe...

Tunjukkan tiket dan resit yg sama...boleh
lah masuk untuk jumpa "kawan kawan" kat sini... ade sotong kurita, memerang, ikan pari bintik bintik, phirana, ikan jerung, obor obor, kuda laut, cik penyu...dan sebagainye...heheh kalau ade ikan kembong ke ikan jaket ke, nak jugak beli sekilo...buat ikan bakar cecah air asam...sedap nyum nyum... =)

Sebenarnya terdapat lebih kurang 35 Sea life seantero dunia huhu ade kat UK, USA, Europe.. haa ini dia senarainye =) ....
United Kingdom
Birmingham
Blackpool
Brighton
Great Yarmouth
Gweek
Hunstanton
Loch Lomond (Glasgow)
London
Oban
Scarborough
Weymouth
Alton Towers
Chessington
Germany
Berlin
Hannover
Königswinter
Konstanz
München
Oberhausen
Speyer
Timmendorfer Strand
LEGOLAND Deutschland
USA
Arizona
California
Grapevine (Texas)
Minnesota
Rest Of Europe
Belgium (Blankenberge)
Eire (Bray)
Finland (Helsinki)
France (Paris)
Holland (Scheveningen)
Italy (Gardaland)
Italy (Jesolo)
Portugal (Porto)
Spain (Benalmadena)
Denmark (LEGOLAND Billund)
kalau nak menyelam lagi jauh layari www.visitsealife.com ....macam kat Malaysia pun ada Aquaria KLCC...best jugak kan dan jauh lebih murah bayaran masuk nya...cuma nya setiap Sea Life ade keunikannya tersendiri... best best =)

Daa abis melawat sume "kawan kawan" tadi jalan jalan sekitar pantai....banyak org jual kentang goreng la...Mc D pun ada...lalu je xmasuk hehe...bawak bekal seniri tau =)

hari pun da petang...di sini Asar pukul 6....sempat solat di rumah...Alhamdulillah banyak pengalaman menarik sambil melihat keindahan ciptaan Ilahi.... alhamdulilllah

Jumpa lagi di kembara minggu depan...jumpa "kawan kawan" kat Sea Life lagi...next place... ?

Tata ye salam n salam sejahtera ^_^ wink2

July 6, 2011

KELEBIHAN BULAN SYAABAN

Bulan Syaaban bermula dari 2 Julai 2011 hingga 31 Julai 2011. Marilah kita banyakkan amalan di dalam bulan yang penuh dengan keberkatan.
Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.
Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya’aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.
Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya’aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).
Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.
Sabda Nabi s.a.w.: Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).
Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya’aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta’ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.
Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya’aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.
Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur’an atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia’ (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.
Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya’aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.
http://dakwah.org

July 4, 2011

kembara di tanah orang =)

Hai kawan kawan...Salam dan selamat sejahtera..minggu lepas 2 Julai 2011 sempat melawat satu lagi tempat menarik di kota Belanda ni...hamparan ciptaan Allah saujana mata memandang... tempat ni dinamakan Zaanse Schans yang terletak di Zandijk....tempat yang mempunyai pelbagai mini muzium yang boleh anda lawati....InshaAllah....

bangun pagi untuk sediakan bekal cucur udang dan air mineral hehe (nak beli makanan buat habis budget nanti...lagipun mahal dan agak terhad nak dapatkan yang halal...kan... =)) air mineral botol kecik pun 2euro...oh tidak...tidak...hehe

Keluar rumah terus jalan ke hentian bas Badhuislaan...tunggu bas Connexxion 69...kat sini ade skrin pukul berapa bas akan sampai jadi tunggu ajelah hehe...selalunya bas memang "on-time" jadi tak perlu risau...masuk je dalam bas kami disapa "assalamualaikum" oleh pemandu bas...suami agak terkejut dan pemandu bas itu sambil tersenyum dan berkata " I am moslim"...
Alhamdulillah tersebar jugak salam kat sini....susah nak dengar gitu...kalau selisih je "Morge" "Middag" la mcam macam lagi huhu

Dalam 15min perjalanan...tekan loceng bas "tingggg" turun dekat hentian bas Witter Veerstraat...lepas seberang jalan kami pun tunggu kawan namanya Maisyarah yang akan tunjukkan kami ke tempat tu....jalan kaki 15minit sampai la kat terminal feri...bayar 1 euro untuk ke seberang hehe
yang baju hitam tu la pemandu bot nye...kami naik je dia cakap " Selamat datang"...slalunya mereka boleh berbahasa Indonesia sikit sikit..."dari Kuala Lumpur?" tanya dia lagi...." Ya,Iv'e been there (Indonesia) for couple of time" kata dia....5minit je naik bot sampai la tempat yang banyak windmill ni.... Subhanallah cantik cantik cantik....

sepanjang jalan ni terdapat lebih kurang 5buah windmill yang setiap satunya berlainan fungsi...windmills ni boleh masuk dan naik ke atas tapi kena bayaran 3euro dulu lah huhu...kaya diorang ni kan....tapi pangalamn yg menyeronokkan apabila dapat masuk dalam windmill tu..nak cerita sini memang tak habis....nak tau lebih informasi tentang tempat ni boleh lawati www.zaanseschans.nl hehe buatnye website bahasa Dutch.....kena google translate la ye =) hihi ^_^....

Secara ringkasnya kat sini ada Windmills,Bakery Museum,Zaanse Museum, Pewter Foundry, Souvenirs and Diamond Shop, Souvenirs and Gift Shop, Fotografie and Windmill Shop,Boat and Bike Rental, Bed and Breakfast, Museum Antique, Cheese farm (tempat pembuatan cheese - masuk percuma)...Wooden shoe workshop (buat demo kasut kayu dan masuk pun percuma dan tempat paling best bagi diri ku hehe...) dan sebagainya...satu tempat dan banyak kawasan menarik yang boleh dilawati....InshaAllah..

itulah serba sikit cerita yang nak dikongsikan....hmmm jam kat tangan dah 230ptg...jalan kaki semula 20 minit jumpa pakcik feri tadi....amik bas 69 ke Badhuislaan...Alhamdulillah...cantik tempat ni moga sama sama mendapat manfaatnye ya...jumpe lagi di kembara akan datang ^_^

tata kawan kawan, salam =) dan selamat sejahtera....wink2