October 22, 2011

tips pengurusan kelas ^____^

Selamat pagi cikgu....itu zaman kita sekolah dulu-dulu....cikgu masuk terus aje murid-murid bangun ...Betul tak? =) Setelah kini bergelar guru, waahhh mencabar sungguh kanak-kanak zaman facebook ni hihi... Didiklah anak anakmu sesuai dengan zamannya...pernah dengar tak?... Haaa sebenarnya nak konsi beberapa tips untuk para guru dalam mengawal sebuah tempat yang dinamakan KELAS... jom...harap-harap dapat membantu inshaALLAH ^_^ ......

1. Anda perlu mewujudkan minat terhadap insan yang bergelar pelajar.....bukan minat "admire" tu maksudnya sebagai guru kita perlu sentiasa minat untuk mendampingi para pelajar, bak kata org putih "be friends" with them...Selalu memberikan kata-kata semangat dan kata-kata hikmah agar mereka selalu mendengar perkara yang baik....yang paling penting, guru itu harus IKHLAS =)

2. Tegaskan peraturan di dalam kelas...seorang guru perlu adil dan konsisten...semoga kita semua menuju ke arah itu...peraturan di dalam kelas perlu jelas...dan fahamkan pelajar agar tidak melakukan perkara yang tidak diingini di dalam kelas...jika masih berlaku dan tidak dapat dikawal, aju kan pada pihak pengurusan disiplin =)

3. Sebolehnya anda cuba untuk memahami pandangan pelajar anda...guru perlu meletakkan dirinya sebagai pelajar di dalam kelas...kadangkala cuba melihat sesuatu itu dari sudut pandang seorang pelajar...kalau diorang nampak macam "boring" je...mungkin kita mengajar agak "flat"...ubah strategi dan kaedah...kalau boleh libatkan pelajar semasa sesi perbincangan... ^_^

4. Manusia tidak pernah tidak membuat silap...Guru juga manusia...seorang guru yang amanah, dia akan mengaku ijka terdapat kesilapan yang dilakukan...sekali sekala guru perlu bijak untuk "cover" silap tadi dengan menggunakan pendekatan humor agar suasana kelas tidak hambar...dalam masa yang sama ketegasan juga perlu diambil kira agar disiplin terkawal... OK cikgu... =)

5. Minimumkan jurang atau jarak dengan pelajar... kadang kala guru perlu berdiri di belakang kelas...perhatikan gelagat pelajar anda...nanti diorang tercari -cari mana cikgu ni....yang baiknya selalulah keliling kelas ketika menjalankan aktiviti dan semak kerja pelajar anda secara spontan... =D

6. Selesaikan apa jua masalah dengan segera....jangan biarkan masalah berlarutan tanpa diselesaikan...nanti keadaan bertambah rumit....Haa terus selesaikan dengan mengenalpasti keadaan yang berlaku dan lakukan sesuatu untuk mengatasinya...nama pun cikgu...mesti boleh kan =) 

7. Gunakan kaedah berkumpulan....pelajar juga ada peluang untuk membuat keputusan dalam kelas, berikan mereka ruang untuk salurkan pandangan...wujudkan konsep "KELAS KITA" bukannya "KELAS SAYA"... inshaALLAH seronok dalam kelas bila mengajar ^____^

8. Wujudkan suasana kondusif.... guru perlu ceria ketika masuk dalam kelas...bayangkan kalau guru melangkah longlai, muka masam, letih, serabut...haaa pelajar pun jadi lebih dahsyat dari itu....wahai guru-guru berbahagialah menjadi guru...kerana dirimu gedung ilmu... =) YAKIN dan GEMBIRA inshaAllah, kita BERJAYA

my finger note----> tips ni adalah perkongsian daripada sekeping hands-out kursus yang ada dalam simpanan penulis.... yang baik perlu dikonsi kan kan =) KEEP IN TOUCH...LOVE TO BE A TEACHER

October 14, 2011

orangnya mestilah pandai memasak...

SITUASINYA...

Alip dan Shakir sedang rancak berborak di pantry pejabat....Topiknya tentang ciri ciri calon isteri...hai kaum Adam, kalau bercerita bab gini nak yang sempurna di pandang mata...kan kan =) 

Shakir : Hai Alip, aku ni tak kisah sangat bab cari calon isteri ni, janji dia hormat orang tua, kuat agama, boleh jaga aku dan keluarga...cukuplah bro...

Alip : Eh, aku tak boleh bro, first skali mestila cantik bro, baru tak bosan aku hari hari....dan yang paling penting mesti pandai masak bro... Kalau tak memang aku reject awal awal...

Shakir : Laa kau ni, ketat betul syaratnye ye...kenapa pulak nak yang pandai masak?Adakah menjadi kesalahan kalau dia tak mahir memasak...Boleh belajar ape...

Alip : Bagi aku salah bro...haaha...kot lah ada yang dalam ofis ni nak jadi calon, meh sini hantar lauk kat aku...menangis kena reject nanti haha...

Shakir menggeleng dan tersenyum....tiba tiba Safia melangkah masuk ke dalam pantry untuk mengambil kari ayam yang dibawanya....Kebetulan ada dua bekas kari ayam yang dibawanya pada hari itu....Alip dengan tidak teragak-agak nak meguji Safia...

Alip : Cik Safia...bawak kari hari ni...sedap tak?

Safia : Biasa aja Encik Alip, untuk makan dengan kawan-kawan.

Alip : Meh sini bagi aku rasa...

Safia kehairanan kerana amat jarang Alip menegurnya apatah lagi meminta bekalnya....

Alip : Shakir, tengok ni, cara me"reject" calon yang pertama.... (Sambil menghirup kuah kari yang kurang masin itu)

Alip : Tak cukup duit nak beli garam ke...kalau nak jadi calon bini aku memang dah fail ni...

Shakir : Oit...apa la kau ni, tak baik cakap gitu...

Safia hanya tersenyum dan bertanya kepada Alip...

Safia : Encik Alip, salahkah wanita itu jika tidak pandai memasak?

Alip : Memang salah ape...perempuan mesti pandai masak...

Safia : Lagi satu soalan saya Encik Alip... salahkah lelaki itu jika tidak pandai jadi imam?

Alip : Eh...haa salah, eh tak...tah la...anyway thanks kari...Shakir jom...ada meeting jap lagi

Shakir melemparkan senyum pada Safia kerana mematahkan hujah rakannya yang nak menang tu...Hmmm kemahiran boleh dipupuk...jangan cepat menghukum... Belajarlah...MASIH BELUM TERLAMBAT =D

HLOVATE ?...

Pagi tadi masuk ke kelas tingkatan 3, thanks to my student Husna, yang memperkenalkan sebuah novel nukilan HLOVATE.... maklumlah da masuk umur 28 ni jarang jarang nak jenguk novel kat kedai buku hihi...busy je memanjang....belek belek novel yang dibawa oleh beliau berjudul Contengan Jalanan... Dua cerita dalam satu novel...kiranya mmg menarik... inshaALLAH i will try to top-up my tabung and cari novelnya untuk di baca... MANFAAT KAN APA YANG ANDA BACA... ^_^ lalala tata

October 10, 2011

tips menjawab soalan objektif

Musim peperiksaan datang lagi...macam macam gelagat yang dapat dilihat ye...ade baca nota, ade yg buat persediaan saat akhir, ade yg baca skema jawapan, ade yg buat study group, yang buat tak tau pun ade... Haa...sini untuk adik adik yang nak menduduki peperiksaan.... Untuk pertama nya nak kasi tips untuk menjawab soalan objektif...Jom kite tengok satu satu...

1. Pertama, baca arahan secara jelas ye...sekali sekala ambil peperiksaan, tak salah ikut arahan....memang kena ikut pun...=) ambil perhatian perkataan yang dinyatakan dalam kehendak soalan...seperti KECUALI, BUKAN, TIDAK...

2. Kalau soalan yg banyak pengiraan, adik adik berkejar dgn masa...kejar mase tu , jangan terlepas ye..kalau soalan Matematik, jawab soalan yang senang dahulu ---- JIMATKAN MASA

3. BULATKAN SOALAN yang susah dan cuba jawab jika MASIH ADA MASA

4. Seandainya masa tinggal 7 MINIT, dan masih berbaki 10 SOALAN yang BELUM dijawab...hitamkan jawapan semua A. InshaAllah kemungkinan 3-4 akan betul...begitu juga jika PILIHAN anda untuk menghitamkan semua B, C atau D.

5. PASTIKAN anda menghitamkan jawapan secara KEMAS dalam keseluruhan ruang A,B.C atau D ----Kalau tak KEMAS, mesin pengimbas tak DAPAT membaca jawapan anda... Ingat tau..

6. SEMAK jawapan anda sebelum menghantar kertas jawapan...Pastikan sama jawapan pilihan anda dengan jawapan yang dihitamkan dalam borang OMR.

Akhir sekali, YAKINLAH dengan jawapan anda...panjatkan DOA dan rasa TAWAKKAL pada ILAHI.. Semoga kejayaan milik anda... =) Jumpe lagi ^_^

October 7, 2011

jawapan biar beralas =)

SITUASINYA....

Satu pagi di kedai Pak Din..datang seorang lelaki yg menggelar dirinye Mr.Bomb dgn lagak gaya yg dirasakan hebat...duduk pulak sebelah Haji Said...imam Kampung Betik...

Mr.Bomb: Wah, panas betul la hari ni..tak tahan aku...Pak Din, teh ais satu...kaw2 punya

Haji Said : Assalamualaikum Budin...lama tak nampak

Mr.Bomb: Apa Budin pulak aji...Nama aku Bomb la, satu kampung kenal...

Haji Said: Ye la lupe pulak aku...Bomb ye...Haa aku nak ajak ko ni, jom surau malam ni...ada ceramah best

Mr.Bomb: Apa pulak aku nak ke surau, tak sesuai aku pak aji...

Haji Said: Aku tak kisah pun kau macam mana Budin...jom la ke surau mlm ni...langkah permulaan kan

Mr.Bomb: Laa aji, kubur masing-masing...tak pelah aji

Haji Said: Hmm kalau camtu mati sorang sorang la kalau kubur masing masing...gali sendiri, tanam sendiri la.... tak gitu Pak Din?

Mr.Bomb: Ish aji ni....hmmm tak jadilah Pak Din...teh ais tu bungkus je la bagi aji..

Pak Din senyum sumbing...Haji Said terkikih kikih disisi Pak Din...Mr.Bomb berlalu pergi tanpa teh ais kaw2 tadi....

October 5, 2011

manfaatkanlah tasbihmu...

Rintik hujan derai mengalir,
Unggas beradu dipinggir kota,
Lembut lidah mengalun zikir,
Tanda kasih pada Pencipta...

Senduduk mekar tepi perigi,
Dihurung semut seraya jelata,
Berzikirlah...pasti tak rugi,
Sujud syukur pada Yang Esa...

Nian syahdu bacaan berlagu,
Kalbu menangis merintih hiba,
Jangan dibiar tasbih menunggu,
Manfaatkan ia selagi ada...

Ombak dingin memecah pantai,
Kilas di air si anak ketam,
Zikirlah walau ketika santai,
Semoga hati membuahkan ilham...

Kumbang berlabuh di atas batu,
Rehat melewati jutaan keindahan,
Jadilah satu antara seribu,
Insan pilihan di sisi Tuhan...

Ucap syukur tanda kasih,
Kasih dituju buat Ilahi,
Manfaatkanlah harimu dengan tasbih,
Kerana tasbihmu mendidik hati...