Perlu atau mahu...anda ade kad kredit? actually tips ni untuk orang2 biase yang menggunakan kad kredit hihi...org luar biase sudah pastilah org org kaye ataupun VVIP yang tak risau bila menggunakan kad kredit... aha betul ke? tak kiralah betul ke tak yang penting n3 hari ni nak konsi tentang tips penggunaan kad kredit...
Penggunaan kad kredit merupakan "hutang sementara" dengan bank, atau erti kata lain kalau nak beli sesuatu atau bayar something tak perlu bawak duit baaaanyaaak... bagi kad je, pinjam dulu dengan bank kan, pastu bayar balik dalam tempoh tertentu...ikut bank masing masinglah =D...jom buat senarai semak tips tips yang berikut..ataupun banyak jugak blog-blog yang lagi rajin n cantik ceritakan tentang tips guna kad kredit... "google" je tau ...TIPS TIPS nye adalah...=)
1. Kad kredit menjadi penting ketika dalam perjalanan jauh, kalau suke travel kan, GUNAKAN KAD KREDIT APABILA PERLU SAHAJA... contohnya untuk bayar tol..(VISA ade " touch n go") dan isi minyak di PETRONAS....bukan apa, faedahnya ialah MENJIMATKAN MASA =)
2. Ketika membeli belah barangan harian, ELAKKAN GUNA KAD KREDIT, lebih selamat anda menggunakan wang tunai atau kad debit, manalah tau, tak sedar lama lama jadi banyak hutang anda dengan bank... harga barang kan mahal sekarang ni, jadi perlu BERHATI HATI ketika berbelanja... JIMAT itu SELAMAT ^_^
3. GUNAKAN KAD anda diwaktu KECEMASAN jika dalam beg duit anda tidak cukup wang untuk membiayai sesuatu...
4. ELAKKAN MEMILIKI kad kredit yang terlalu banyak...manusia ni mudah lupa, jadi HADKAN sekeping dua sahaja...MUDAH untuk anda membuat bayaran dan tak pening-pening untuk memikirkan masalah kad kredit anda... OK =D
5. BUAT BAYARAN SEGERA setelah anda menggunakan kad kredit, pemindahan akaun secara "ONLINE" lebih memudahkan pembayaran dibuat. Hal ini juga dapat mengelakkan berlakunya TUNGGAKAN dalam akaun anda...
6. Paling penting ialah anda perlu mempunyai JATIDIRI dan DISIPLIN yang kuat jika hendak menggunakan kad kredit...gunakan apabila PERLU...bukan beli apa yang anda MAHU... =)
Rasenye cukup kot penulisan saye yang serba sederhana ni...kalau ade terkurang minta ampun yok.. selamat berbelanja =)
my finger note : JIKA HARTA DIJADIKAN ALAT, MAKA ITU LEBIH SELAMAT, JIKA HARTA DIJADIKAN MATLAMAT , MAKA BERUNDURLAH SEBELUM TERLEWAT ^_^