Salam lama dah nak taip n3 gini, baru dpt ruang sementara menanti waktu Zohor =)
Oh ya lps Maulidurrasul hari tu sempat ke kuliah Isyak di
Masjid Perjiranan 9, Air Biru dah nama pun sempena Maulid Nabi, mestila kuliah cerita tentang Rasulullah ...tak gitu kawan2 ^_^
Oh ya ceramah disampaikan oleh Al-Fadhil Imam Muda Asyraf...ni dia orang dia...
Ceramah hampir 2 jam dan diakhiri dengan mkn Nasi Beriyani...bukan tu point dia, saya nak kongsikan kisah Umar dan Bilal yang disampaikan oleh imam tersebut.... maybe ada yang dah tau kisah ni...yang belum tau jom jom kita bace sesame =)
"Wafatnya Rasulullah, maka menangislah seluruh penduduk Madinah...Umar tidak mampu menerima kenyataan bahawa kekasih Allah telah menemui penciptaNya...Umar ditenangkan oleh sahabat baginda, Abu Bakar...orang lain tidak mampu menegur Umar kerana sesiapa mengatakan nabi wafat maka Umar akan menghunus pedangnya...Abu Bakar dengan tenang meredakan kesedihan Umar... "
Ya Rasulullah telah tiada, tetapi apa yang ditinggalkan oleh baginda masih ada hingga ke hari ini... ALQURAN dan SUNNAH baginda...mungkin mampu tidak mampu kita untuk melakukan semua...ambillah semampunya maka istiqamahlah atas setiapa perkara yang kita lakukan
"Bilal terduduk dan hampir rebah tatkala di dalam Masjid Nabi...dimimbar itulah Rasulullah berkhutbah...masuk waktu solat, Nabi meminta Bilal melaungkan azan....sesudah nabi wafat Bilal bertekad meninggalkan kota Madinah...Kemudian apabila beliau bermimpi didatangi Rasulullah, beliau menangis dan berasa amat rindu pada Rasulullah...dengan hati yang berat beliau kembali semula ke kota Madinah...
Menyusuri makam nabi , Bilal sebak dan menangis...tidak tahan rasanya kehilangan Penghulu Umat Manusia...seraya datang cucu-cucu nabi iaitu Hassan dan Hussin memujuk Bilal untuk melaungkan azan...Mulanya amat berat bagi Bilal untuk melaksanakannya...namun jika itu datangnya daripada kalangan keturunan Rasulullah S.A.W, maka Bilal gagahkan juga dirinya untuk berdiri sebagai muazzin...
"Allahuakbar Allahu Akbar"...penduduk terkesima mendengar kembali suara Bilal melaungkan azan...Tatkala sampai pada kalimah "Asyhaduanna MUHAMMAD...ar-Rasulullah.." Bilal terhenti dan menangis...rindu pada Nabi tak dapat dirungkai dengan kata-kata...menyebut nama baginda juga membuat Bilal rebah dalam kesedihan....."
Ya Allah begitulah agungnya cinta para sahabat dalam mencintai Nabi Muhammad s.a.w... Kita DI TAHAP MANA?... Semoga Allah menggolongkan kita dalam org2 yg sentiasa mencintai ilmu...masih belum terlambat untuk belajar...TERUSKANLAH...JANGAN BERHENTI.... untuk lebih mengetahui kisah kewafatan Rasulullah, bacalah
di sini...Semoga sama-sama mendapat manfaat dan bertambahlah kasih dan cinta kita pada Rasulullah S.A.W...Wallahu'alam
##credit to: Kuliah Isya' Masjid Perjiranan 9,Tmn Air Biru .