Bismillah Alhamdulillah
Muhasabah
Hari ini 22 Disember 2015. ..Allah pinjamkan aku usia sehingga kini...32 tahun namun masih banyak yang belum aku ketahui dan mampu untuk pelajari..doakan agar terus membaiki diri demi mencari redha Ilahi...
Ziarah abah
Semalam 21 Disember 2015...bertolak ke Kuala Lumpur sedari jam 6 pagi dari Johor Bahru. ..encik suami kelihatan letih memandu sendirian. ..semoga pahala tidak kurang buatnya in shaa Allah. ..Sampai di simpang rumah emak terus tanpa membelok menuju ke Titiwangsa. ..menziarahi abah setelah genap 14 hari berehat di rumah barunya. Semoga Allah menempatkan abah di kalangan orang yang soleh...Sudah tentu anak ini sangat rindu akan dirimu...Moga Allah meredhai kita in shaa Allah.
Syukur
Alhamdulillah emak masih sihat dan bertenaga. Semoga terus diberi kekuatan dan peluang untuk berbakti padanya. Anugerah terindah ibu dan ayah. Pintu syurga buat kita. Semoga Allah ampuni kedua mereka dan berilah kedudukan yang terbaik buat mereka. Ameen ya rabb al 'alameen.