January 8, 2016

ABAH CINTA DI HATI

Mukaddimah

Bismillah Alhamdulillah
Hari Jumaat yang indah

8 Januari 2016 merupakan hari ke-32 abah bertemu penciptanya.

Allah sayang abah. Benar...bunga yang terbaik dan tercantik akan dipetik dahulu di dalam sebuah taman yang luas. Itulah abah.

Rindu

Menulis di sini untuk mengingati kenangan terbaik bersama abah. Moga tidak pernah putus doaku untuknya. Banyak perkara yang tidak dapat di tuliskan di sini kerana kebaikan abah hanya Allah yang maha mengetahui. Sedikit kali ini ku kongsi kan sikap mahmudah yang abah tinggalkan sebagai muhasabah diriku sendiri.

Sabar dan tidak marah

Orang paling kuat ialah orang yang sabar.itulah abah. Abah memang tak sado..six packs pun tak...tapi sabar abah 9 out of 10. Seingat aku pernah  betul betul dimarahi abah cuma 3 kali...Pertama main air lama lama kt toilet masa sekolah rendah,  kedua main jam seiko abah (mungkin abah berjimat utk dpatkannya) dan ketiga kena rotan dgn selipar Jepun merah sebab main kereta kereta sampai abaikan solat maghrib. Itu je yg ingat. Abah orang tidak mudah marah. Semoga Allah menempatkan abah di kalangan orang yang soleh.

Sabar abah terlalu banyak.Allah jadikan aku seperti itu...

Berkata bila perlu

Abah pendiam orangnya. Tidak bercerita tentang sesiapa. Meluah rasa juga sedikit rasanya. Dia hanya lalui apa yg ditentukan Allah untuknya. Berhujan panas naik motor cari rezeki di KL bagi menyara keluarga. Hanya diam dan pendam. Tapi tidak berdendam. Allah jadikan abah insan hebat. Sayangilah abah dan tempatkan lah dia dalam syurgamu.

Cinta ilmu

Abah bukanlah best student. Abah hanya sekolah aliran Inggeris di Terengganu. Namun cinta nya terhadap buku memang tidak boleh ditidakkan. Abah juga bukanlah alim ulama namun didikan agama sebagai biasa tidaklah abah lupakan. Abah hidupnya membesarkan anak sekolah. Hantar ambil dgn motor. Hantar belanja anak anak di universiti. Banyak sgt yg abah buat. Allah yang mampu membalas jasa abah.

Melindungi

Walaupun abah tak pernah tanya ke mana ke sana ke sini ..apa itu ini....abah sgt menjaga kami adik beradik..hari pertama aku pergi kerja naik motor sendiri pun abah ikut dr belakang sampailah aku masuk pagar sekolah. Sayang betul abah kt anak dia...😢

Cukup disini

💜🌸🌹🍁🌷⛅☔☺
Sebenarnya saja rindu kat abah. Last Oktober 2015 kongsi nasi lemak sebungkus dengan abah. Sedap pulak abah makan. Last salam abah nak balik Johor abah senyum je (selalu abah nangis sikit).. rupanya itu senyuman terakhir abah untuk aku...Allah sayangkan abah untukku. ..semoga berjumpa di syurga...fokus untuk ke syurga. ..syurga. ALFATIHAH.

No comments:

Post a Comment