September 3, 2013

Teruskan...Rezeki Milik Tuhan

Bismillah. ..alhamdulillah ceria sungguh mentari pada pagi ni..gembira dan memancar sinarnya tanpa berkira kira kepada sesiapa pun... hebatnya kasih syg Allah. ..

Tengah malam tadi rakyat Malaysia sebilangan mahupun segerombolan berasa terkejut dengan tindakan kerajaan menaikkan harga diesel dan ron95...wahhh mungkin selepas ini berlumba lumba lagi barang yang bakal naik harga hanya kerana kos pengangkutan yang makin bertambah.

Syukur Alhamdulillah Malaysia masih aman....itu ungkapan yg sering kita dengar di muka muka buku... doakanlah Malaysia terus makmur...doakanlah kemenangan saudara2 kita di Gaza, Rohingya, Mesir dan Syria...

Berbalik pada isu kenaikan harga minyak tadi. ..maklumlah di akhir zaman yang kaya semakin kaya ....rakyat marhean semakin derita...itu adalah realiti sebuah dunia... mana ada nikmat yg kekal kenikmatannya... maka bersabarlah...

Mungkin kita sedikit terbeban dengan belanja harian...perlu ambil langkah penjimatan berganda...kurangkan berbelanja pd yg tidak perlu...tidak terlalu pergi bercuti. ..semua itu rakyat yang tanggung sendiri...maka lg sekali bersabarlah...

Belum lagi bayaran cukai pintu cukai tanah cukai jalan cukai perkhidmatan cukai pendapatan yang semuanya di bayar pada pemerintah..entahlah...cuma berasa kasihan pd rakyat yg benar2 susah...

Semoga ada pencerahan utk masa akan datang... sungguh ku mendambakan sistem pemerintahan khalifah... Allah syurgaMu benar, nerakaMu benar, kiamat benar...maka kau bantulah kami dengan bergantung hanya pada Mu... hakikat tetap hakikat...maka bersabarlah terhadap isu pada hari ini.

Teruskan kehidupan walaupun dihimpit dengan kenaikan harga barang...rezeki Allah yg beri...kuatkan tawakal dan yakin dengan rezeki Allah seperti yakinnya Ibrahim Alaihissalam....ujian kita sgt sedikit... maka bersabarlah. ..

Sesungguhnya Allah tidak pernah berkira terhadap hambaNya...hanya manusia yg tidak pernah berhenti merasa semua milik mereka.... carilah dunia dan carilah akhirat. ..semoga kehidupan yg lebih kekal menjadikan kita hamba Allah yg diredhai oleh Nya. ...Ameeeen inshaallah. Salam.