October 22, 2011

tips pengurusan kelas ^____^

Selamat pagi cikgu....itu zaman kita sekolah dulu-dulu....cikgu masuk terus aje murid-murid bangun ...Betul tak? =) Setelah kini bergelar guru, waahhh mencabar sungguh kanak-kanak zaman facebook ni hihi... Didiklah anak anakmu sesuai dengan zamannya...pernah dengar tak?... Haaa sebenarnya nak konsi beberapa tips untuk para guru dalam mengawal sebuah tempat yang dinamakan KELAS... jom...harap-harap dapat membantu inshaALLAH ^_^ ......

1. Anda perlu mewujudkan minat terhadap insan yang bergelar pelajar.....bukan minat "admire" tu maksudnya sebagai guru kita perlu sentiasa minat untuk mendampingi para pelajar, bak kata org putih "be friends" with them...Selalu memberikan kata-kata semangat dan kata-kata hikmah agar mereka selalu mendengar perkara yang baik....yang paling penting, guru itu harus IKHLAS =)

2. Tegaskan peraturan di dalam kelas...seorang guru perlu adil dan konsisten...semoga kita semua menuju ke arah itu...peraturan di dalam kelas perlu jelas...dan fahamkan pelajar agar tidak melakukan perkara yang tidak diingini di dalam kelas...jika masih berlaku dan tidak dapat dikawal, aju kan pada pihak pengurusan disiplin =)

3. Sebolehnya anda cuba untuk memahami pandangan pelajar anda...guru perlu meletakkan dirinya sebagai pelajar di dalam kelas...kadangkala cuba melihat sesuatu itu dari sudut pandang seorang pelajar...kalau diorang nampak macam "boring" je...mungkin kita mengajar agak "flat"...ubah strategi dan kaedah...kalau boleh libatkan pelajar semasa sesi perbincangan... ^_^

4. Manusia tidak pernah tidak membuat silap...Guru juga manusia...seorang guru yang amanah, dia akan mengaku ijka terdapat kesilapan yang dilakukan...sekali sekala guru perlu bijak untuk "cover" silap tadi dengan menggunakan pendekatan humor agar suasana kelas tidak hambar...dalam masa yang sama ketegasan juga perlu diambil kira agar disiplin terkawal... OK cikgu... =)

5. Minimumkan jurang atau jarak dengan pelajar... kadang kala guru perlu berdiri di belakang kelas...perhatikan gelagat pelajar anda...nanti diorang tercari -cari mana cikgu ni....yang baiknya selalulah keliling kelas ketika menjalankan aktiviti dan semak kerja pelajar anda secara spontan... =D

6. Selesaikan apa jua masalah dengan segera....jangan biarkan masalah berlarutan tanpa diselesaikan...nanti keadaan bertambah rumit....Haa terus selesaikan dengan mengenalpasti keadaan yang berlaku dan lakukan sesuatu untuk mengatasinya...nama pun cikgu...mesti boleh kan =) 

7. Gunakan kaedah berkumpulan....pelajar juga ada peluang untuk membuat keputusan dalam kelas, berikan mereka ruang untuk salurkan pandangan...wujudkan konsep "KELAS KITA" bukannya "KELAS SAYA"... inshaALLAH seronok dalam kelas bila mengajar ^____^

8. Wujudkan suasana kondusif.... guru perlu ceria ketika masuk dalam kelas...bayangkan kalau guru melangkah longlai, muka masam, letih, serabut...haaa pelajar pun jadi lebih dahsyat dari itu....wahai guru-guru berbahagialah menjadi guru...kerana dirimu gedung ilmu... =) YAKIN dan GEMBIRA inshaAllah, kita BERJAYA

my finger note----> tips ni adalah perkongsian daripada sekeping hands-out kursus yang ada dalam simpanan penulis.... yang baik perlu dikonsi kan kan =) KEEP IN TOUCH...LOVE TO BE A TEACHER

No comments:

Post a Comment