August 8, 2011

iNdahnYa hiDupMu jika sElaLu PositiF

Setiap yang bernama manusia pastinya memiliki peribadi tersendiri...pelbagai perasaan boleh mempengaruhi seseorang itu melalui situasi yg dihadapinya dalam manjalani kehidupan seharian...betul kan? Sedang saya menulis ini juga saya mempunyai emosi yg stabil dan berkeadaan format yang positif... takkan tengah marah nak cerita pasal positif...itu maknanya belum mencapai tahap positif yg maksimum....

Senang untuk sebut "BE POSITIVE" tetapi utk melaksanakannya, bukan anda je, saya pun, perlukan kematangan pemikiran untuk melaksanakan dalam kehidupan seharian...

Adakah susah untuk positif? Ini adalah pandangan peribadi saya, sbb tu kongsi dalam blog sendiri kan...takkan nak publish kat Majalah 3 ^_^... ok berbalik pada pandangan tadi... setiap hari apabila anda mula bangun pagi... senyum lah pada diri anda sendiri... banyakkan berdoa bagi yg Muslim dan slalu meletakkan mood anda dalam keadaan positif...

Sekiranya anda dalam kesusahan, tenangkan diri perlahan lahan, ambil masa untuk stabilkan emosi anda ke arah yg positif...caranya? Bersangka baik terhadap apa jua situasi yg menjadikan hidup anda sukar... Seterusnya? buatlah konklusi dgn mencari jalan perbincangan dan mintalah pendapat org yg terdekat dgn anda.... kalau seorang diri? Berdoalah.... Yakinlah dengan Qada' dan Qadar disamping itu berusahalah untuk menjadikan diri anda lebih baik hari demi hari... Insha Allah =)

Seterusnya, kita perlu sendiri menghidupkan perbandingan yg positif dalam mendapatkan gol terbaik dalam hidup... Anda minat bola sepak? Matlamat seorang pemain seperti Robin Van Persie atau Lionel Messi...pastinya untuk memboloskan gawang pihak lawan... Ya hidup memerlukan matlamat...anda kena tahu apa tujuan hidup anda...apa yg anda hendak capai dalam hidup....

Ok...katakanlah 5 tahun akan datang apa perancangan anda....nak beli kereta baru? nak tambah koleksi buku? nak jadi ibubapa yg lebih baik?....Apa sahaja kita perlu meletakkan matlamat dari sekarang.... ada pepatah mengatakan... "UNTUK MENGENALI KITA LIMA TAHUN AKAN DATANG, ADALAH MELALUI APA YANG KITA BACA SEKARANG..." jadi...anda perlu lihat senarai bahan bacaan apa yg menjadi teman anda... bersama samalah kita menjadi yg terbaik...paling tidak pun menjadi hamba Allah yg terbaik... Ok =) "BE POSITIVE"......

Cukuplah sekadar ini perkongsian saya sebagai "blogger" tahap amatur... hehe, masih banyak yang perlu saya pelajari untuk menjadikan rencana ini lebih dinamik dan berprofil tinggi... yang penting berbicara tentang kebaikan juga merupakan sadaqah... kan? =)

Akhir kalam, saya tinggalkan anda dengan persoalan persoalan di bawah agar kita sentiasa sedar untuk selalu menjadikan diri kita seorang yg POSITIF.... ok ^_^ Selamat beramal...

- Senyum atau Bermasam muka..?
-Memaafkan atau masih marah...?
-Cuba untuk Gembira atau sentiasa murung...?
-Menilai kesilapan diri atau kuat merajuk...?
-Berjimat atau berbelanja sesuka hati...?
-Berkasih syg atau membenci?
-Bersangka baik atau menceritakan keburukan...?
-Bermuhasabah atau menyalahkan org lain...?

Banyak lagi contoh yg kita sendiri mampu fikirkan...Ya manusia tidak sempurna...ada kemungkinan kita akan tersasar dari bersikap positif...Namun disebalik kekurangan itu, carilah kesempurnaan yg ada agar kita merasakan diri ini Sempurna INSHAALLAH... -----<--@

No comments:

Post a Comment