September 6, 2011

Hargailah Dia....

Hargailah dia....
Kerana bebananmu kini dibahunya setelah akad di lafaz...
Dosamu miliknya jika kamu alpa...
Dirimu cerminnya jika kamu tak lupa...

Hargailah dia....
Jika dirimu selalu ditegur
Terimalah setulus luhur...
Moga berbuah hikmah..
Yang payah menjadi indah
Bantu dirinya membangun ummah
Kerana belum lewat untuk berubah...

Hargailah dia....
Menghulur maaf tanpa dipinta
Tidak perlu menanti Syawal tiba
Kerana manusia tidak lepas dari dosa...
Yakinlah...dirimu pasti tenang dan bahagia

Hargailah dia...
Tanda syukur dikurnia cinta...
Indahkanlah syurga duniamu
Semoga rahmat Allah kunjung bertamu....

Hargailah dia...
Seorang insan bernama suami...
Jika dia berbuat baik pada dirimu...
Panjangkan syukur pada Yang Satu...
Namun jika dia kadang terlupa..
Doakanlah hanya yang terbaik buat dirinya...
Kerana syurga isteri mithali
RedhaNya adalah redha suami...

Wahai isteri...
Masih belum lambat untuk menghargai....
Semoga dirimu tersenarai disyurga nanti......

No comments:

Post a Comment

September 6, 2011

Hargailah Dia....

Hargailah dia....
Kerana bebananmu kini dibahunya setelah akad di lafaz...
Dosamu miliknya jika kamu alpa...
Dirimu cerminnya jika kamu tak lupa...

Hargailah dia....
Jika dirimu selalu ditegur
Terimalah setulus luhur...
Moga berbuah hikmah..
Yang payah menjadi indah
Bantu dirinya membangun ummah
Kerana belum lewat untuk berubah...

Hargailah dia....
Menghulur maaf tanpa dipinta
Tidak perlu menanti Syawal tiba
Kerana manusia tidak lepas dari dosa...
Yakinlah...dirimu pasti tenang dan bahagia

Hargailah dia...
Tanda syukur dikurnia cinta...
Indahkanlah syurga duniamu
Semoga rahmat Allah kunjung bertamu....

Hargailah dia...
Seorang insan bernama suami...
Jika dia berbuat baik pada dirimu...
Panjangkan syukur pada Yang Satu...
Namun jika dia kadang terlupa..
Doakanlah hanya yang terbaik buat dirinya...
Kerana syurga isteri mithali
RedhaNya adalah redha suami...

Wahai isteri...
Masih belum lambat untuk menghargai....
Semoga dirimu tersenarai disyurga nanti......

No comments:

Post a Comment