September 9, 2011

MELAKAR INSPIRASI PADA LASKAR PELANGI...

Mengajar mudah...mendidik payah...dalam kepayahan ada kesenangan yang tidak mampu diungkapkan...berkat kesabaran memberi penghasilan yang menakjubkan...itulah kegigihan yang tercoret dalam kisah ini...Saya bukanlah selalu menonton filem...cuma dua hari lepas tergerak nak menonton LASKAR PELANGI...filem ini dah lama di layar perak tapi baru ada ruang utk menikmati perjalanan kisahnya...kenapa LASKAR PELANGI...?? Jika anda ingin tahu...mari teruskan membaca...

Kisah yang diadaptasi dari sebuah novel nukilan Andrea Hirata...mengisahkan 10 kanak-kanak desa daerah Belitung yang menggelarkan diri mereka "Laskar Pelangi"...mereka memerlukan tempat untuk menimba ilmu...mereka perlu bersekolah untuk jaminan masa hadapan mereka...Tatkala orang menggunakan kalkulator untuk mengira, mereka hanya ada lidi biasa..tatkala mempelajari kedudukan negara, mereka hanya ada sekeping peta lama...Namun ini tidak mematahkan semangat mereka...Kehadiran Bu Muslimah menguatkan lagi perjalanan kisah ini...

Sebuah sekolah usang yang memberi makna bagi kanak-kanak desa...agak lucu apabila kambing masuk ke dalam bilik kelas...namun itulah hakikat untuk mencari ilmu...bermula dengan kesusahan dan azam yang tinggi...sedikit sebanyak cerita ini sarat dengan motivasi dan membuat penonton terfikir sendiri...

Antara watak watak yang saya gemari dalam kisah ini...

Mahar...sangat meminati muzik dan lagu lagu...sentiasa berdamping dengan radio nya dan gemar menjemur bateri di atas bumbung sekolah....

Harun (berstokin ungu)...kanak kanak istimewa...dan orang yang ke sepuluh mendaftar di SD Muhamadiyah bagi membolehkan sekolah itu dibuka, kerana genap 10 orang adalah syarat untuk membina sekolah...Harun tidaklah sebijak yang lain tapi wataknya sangat istimewa...melukis kucing ketika ujian...dikejar ibunya ketika mendaftar...sangat istimewa...kerana Harun jugalah Bu Muslimah boleh menjadi guru di sekolah itu....
Ikal (memegang kotak kapur tulis)...suka berpuisi dan jatuh hati pada A Ling, anak kepada tauke Toko Sinar Harapan tempat dia selalu membeli kapur tulis....begitu juga Lintang (hadapan) kanak kanak pintar yang sangat gemar membaca...apa saja bahan bacaan yang dijumpai...dia akan membacanya...
Ya, banyak lagi watak watak indah dalam kisah ini...untuk lebih menghayati isinya anda perlu menonton filem ini jika anda masih belum menontonnya...juga sangat berkesan jika ditonton oleh warga pendidik, ayah , ibu, mahupun pelajar itu sendiri...untuk mengenali watak watak yang lain anda boleh membacanya di SINI ...

bait bait bahagia yang mampu memberikan sejuta makna...
Cukuplah sekadarnya coretan saya...saya bukanlah pengkritik filem ataupun penganalisa skrip cerita...Sekadar perkongsian bermakna dari sebuah kisah yang mahal harganya....semoga kita mampu mengambil kebaikan yang terkandung dalam kisah LASKAR PELANGI...

SELAMAT MENONTON ^_^

No comments:

Post a Comment